Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

34) TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah bayi sasaran dan juga jumlah bayi yang berjaya didaftarkan di bawah Tabung Anak Warisan Selangor daripada tahun 2008-2010 ?

    Untuk makluman pihak Y.B., sehingga kini YAWAS tidak mempunyai sebarang
    jumlah bayi sasaran. Ini kerana jumlah statistik kelahiran yang dikeluarkan oleh
    Jabatan Perangkaan Negeri Selangor adalah menyeluruh di mana ia turut
    merangkumi kelahiran yang tidak menepati syarat TAWAS iaitu anak bukan
    warganegara dan juga anak yang lahir di Selangor tetapi ibu bapa bukan kelahiran
    Selangor yang menetap kurang daripada 5 tahun di Selangor.
    Untuk makluman, sehingga 6 Julai 2010 jumlah bayi yang telah berjaya didaftarkan
    adalah sebanyak 26,137 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.