Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

147) TABUNG BANTUAN BENCANA DAERAH KLANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah jawatankuasa dibentuk dan bidang kuasanya? Senaraikan.

    Pembentukan Jawatankuasa Bencana Daerah Klang dan bidang kuasanya adalah berdasarkan kepada Arahan MKN 20 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi Tabung Bencana Khas Negeri Selangor. Butiran Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

     

    JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA DAERAH

     

    1. KEAHLIAN

     

    Pengerusi      :          Pegawai Daerah

     

    Ahli – ahli       :          1.        Ketua Polis Daerah

    • Pegawai Bomba & Penyelamat Daerah
    • Pegawai Kesihatan Daerah
    • Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya
    • Wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    • Setiausaha Majlis Perbandaran / Daerah
    • Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
    • Ketua Cawangan Pertahanan Awam
    • Pegawai Penerangan Daerah
    • Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran
    • Pegawai RELA Daerah
    • Pengurus Syarikat Telekom Malaysia (STMB)
    • Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Daerah

     

    Turut Hadir     :          Lain – lain pegawai yang berkaitan

    Setiausaha     :              Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Daerah.

     

    Catatan :                  *Daerah yang tidak mempunyai perjawatan Penolong Pengarah BKN Daerah, tugas beliau akan diambil alih oleh Penolong Pegawai Daerah (Keselamatan).

     

     

    BIDANG TUGAS

     

    1. Menyelaras keperluan pengurusan dan bantuan bencana seperti menentukan bantuan logistik dan mengambil alih (requisition) peralatan/jentera yang diperlukan secara sementara kepunyaan agensi – agensi Kerajaan atau

     

    1. Menggerakkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah apabila berlaku bencana Tahap

     

    1. Menentukan pembahagian tugas – tugas agensi terlibat di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

     

    1. Mengenal pasti dan mengadakan pusat–pusat pemindahan dan pengkalan

     

    1. Menyediakan kemudahan dan keperluan asas bagi mangsa dan petugas seperti tempat perlindungan, makanan dan rawatan perubatan.

     

    1. Menentukan operasi mencari dan menyelamat dapat dijalankan secara lancar dan

     

    1. Mewujudkan sistem perhubungan di antara PKTK dengan PKOB dan seterusnya, dengan PKOB Negeri bagi memudahkan perhubungan dalam pengurusan

     

    1. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja di mana perlu bagi melancarkan lagi urusan menangani bencana seperti Jawatankuasa Kerja Kebajikan, Pengangkutan, Kewangan dan sebagainya.

     

    1. Menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika perlu, di peringkat mukim, kampung, persatuan penduduk atau Rukun Tetangga bagi membantu dalam kerja– kerja pengendalian bencana di tempat kejadian.

     

    1. Mewujudkan satu bank data/pangkalan maklumat mengenai peralatan, kelengkapan dan senarai kepakaran di Peringkat Daerah dalam pengurusan

     

    1. Menentu dan menjalankan post-mortem selepas sesuatu bencana serta memperakui cadangan – cadangan bagi mengatasi apa- apa kelemahan yang dikenal

     

    1. Menjalankan kajian dan mengumpul maklumat mengenai potensi dan risiko kejadian bencana di

     

    1. Meminta agensi-agensi berkenaan mengemukakan laporan mengenai langkah – langkah pencegahan yang telah diambil bagi mencegah atau mengurangkan impak

     

    1. Menyediakan laporan mengenai pengendalian dan pengurusan bencana yang berlaku meliputi aspek operasi mencari dan menyelamat serta bantuan kecemasan dan pemulihan yang diberikan kepada mangsa –

     

Lampiran

Tiada Lampiran.