Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

236) TABUNG BENCANA ALAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu tabung bencana alam khas untuk mangsa ribut dan puting beliung?

    a) Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan dua (2) jenis akaun amanah iaitu Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang diurussetiakan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan Tabung Amanah Bencana Alam yang diurussetiakan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Selain itu, di sembilan (9) daerah melalui Pejabat Daerah / Tanah telah diwujudkan Tabung Bencana Daerah dengan peruntukan yang disalurkan daripada Tabung Bencana Khas Negeri Selangor dengan peruntukan nilai maksimum sejumlah RM50,000.00 dimana setiap tabung tersebut mempunyai had pengeluaran melalui Kad Debit Auto-Teller Machine (ATM) berjumlah RM10,000.00 bertujuan untuk memastikan proses penyampaian sumbangan kepada mangsa bencana dapat dilaksanakan dengan kadar segera

     

     

     

     

    Kadar bantuan kewangan bagi mangsa bencana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut :

     

     

     

     

    Bil.

     

    Perkara

    Kadar

    Maksimum (RM)

     

    1.

     

    Mangsa banjir

    a.     Banjir

    b.      Banjir kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)

     

     

    500.00

    250.00

    (kadar maksimum setahun)

     

    2.

     

    Mangsa kebakaran

    a.   Musnah keseluruhan

    b.   Musnah sebahagian

     

     

    500.00

    250.00

     

    3.

     

    Mangsa tanah runtuh dan ribut

     

    500.00

     

    4.

     

    Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia

     

    1,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.