Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

194) TABUNG BIASISWA MENTERI BESAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli Jawatankuasa yang menganggotai Tabung Biasiswa Menteri Besar dan tempoh lantikan mereka.

    Selaras dengan salah satu tawaran yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13, Kerajaan Negeri Selangor belum memuktamadkan Biasiswa Dato’ Menteri Besar Selangor (BDMBS). Walau bagaimanapun mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri ada menyediakan memperuntukkan sejumlah RM12juta

    10 juta setahun untuk Tabung Biasiswa Selangorku khusus untuk anak Selangor dari desa dan keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor untuk mahasiswa UNISEL dan KUIS dengan peruntukan berjumlah RM 12 juta setahun sebagai bantuan awal sebelum mereka menerima wang pendahuluan pembiayaan sebanyak RM 1,500 daripada PTPTN atau pembiayaan pendidikan lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.