Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

181) TABUNG BIASISWA MENTERI BESAR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat untuk mendapat biasiswa di bawah Tabung Biasiswa Menteri Besar Selangor?

    Tabung Biasiswa Menteri Besar Selangor atau rasminya dikenali sebagai Program Khas Selangor Brain Bank telah diluluskan oleh MMKN pada 2 Disember 2015. Memandangkan program seumpama ini adalah julung kali diadakan, pelbagai dasar dan mekanisme pelaksanaan perlu dibuat dan diteliti bagi memastikan pelaksanaan program ini memenuhi objektif. Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku Urus Setia TKWBNS telah mengadakan 2 siri bengkel bagi memuktamadkan pelbagai perkara berkaitan program ini.

    Kertas cadangan bagi penetapan dasar dan mekanisme pelaksanaan program ini telah diangkat untuk pertimbangan Lembaga TKWBNS dan permohonan buat kali pertama akan dibuka kepada awam selepas mendapat kelulusan Lembaga. Buat masa ini, belum ada penerima Biasiswa Selangor Brain Bank kerana permohonan belum dibuka. Semua syarat dan terma program belum dapat dihebahkan kepada umum buat masa ini memandangkan keputusan Lembaga belum diperolehi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.