TABUNG BUDI

82) TABUNG BUDI

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana melancarkan Tabung Budi. Apakah asas tindakan kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang tersebut?

    Kerajaan  Negeri  Selangor  setakat  ini  belum  memulakan   sebarang   tindakan perundangan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi kes Tabung Budi. Kerajaan Negeri Selangor hanya mengeluarkan notis di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997 kepada SYABAS kerana tindakan SYABAS menubuhkan Tabung Budi dan mengutip sumbangan dari orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air adalah bertentangan dengan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam lesen yang telah dikeluarkan kepada SYABAS. SYABAS sebagai pemegang  lesen  hanya  diberikan kuasa untuk mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang oleh pengguna  di dalam kawasan pembekalan air.

    Di dalam Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani oleh SYABAS dan Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri Selangor, tidak ada sebarang peruntukkan yang membenarkan SYABAS mengutip apa-apa bayaran dari pengguna atau mana-mana pihak selain dari mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang oleh pengguna di dalam kawasan pembekalan air sahaja.

    Belum pun lagi Kerajaan Negeri mengambil sebarang tindakan perundangan terhadap SYABAS, SYABAS telah memulakan tindakan undang-undang  terhadap  Kerajaan Negeri Selangor atas dakwaan YAB Dato’ Menteri Besar membuat  tuduhan fitnah ke  atas SYABAS.

    Dalam mencapai hasrat untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor, kepentingan rakyat  adalah merupakan keutamaan di dalam setiap perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor termasuk di dalam perkhidmatan air. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pemberian air 20 meter padu percuma kepada semua pengguna domestik yang mempunyai meter individu.   Bagi pengguna domestik   di pangsapuri pula, pemberian air percuma ini  diberikan melalui kaedah  kupon.  Kos  bagi 20 meter padu percuma tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Air percuma sebanyak 20 meter padu tersebut dapat digunakan oleh 4 orang di dalam sesebuah keluarga. Walaupun pada dasarnya pemberian air percuma merupakan sumbangan kecil dari Kerajaan Negeri Selangor, namun ini dapat meringankan kos air di dalam setiap keluarga di mana sebahagian kos ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

     

     

     

    Adalah menjadi tanggung jawab setiap individu sebagai pengguna air  untuk  menanggung kos penggunaan air.

Lampiran

Tiada Lampiran.