Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

146) TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perincian perbelanjaan dana Kerajaan Negeri yang diperuntukkan kepada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor serta senarai lengkap pelajar yang telah dan/atau sedang menerima bantuan program tersebut.

    Perincian peruntukan dan perbelanjaan TKWBNS bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:

    NAMA PROGRAM PERUNTUKAN

    (RM)

    PERBELANJAAN (RM)
    Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor 16,310,224 22,905,440*
    Program Biasiswa Selangorku 5,000,000 1,298,350
    Jumlah 21,310,224  

    24,203,790

     

    lebihan perbelanjaan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor ditampung dengan kutipan bayaran balik pinjaman pelajaran.

    Memandangkan maklumat pelajar baru yang menerima bantuan pinjaman dan Biasiswa Selangorku bagi tahun 2016 adalah sebanyak 1,572 pelajar, senarai penerima akan dihantar secara rasmi oleh Urus Setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor kepada Pejabat YB Pelabuhan Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.