Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

169) TABUNG PEMBANGUNAN KOMUNITI SELANGORKU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal-Ehwal Wanita merancang menggunakan khidmat syarikat bukan kerajaan dalam mengurus tadbir perlaksanaan dan operasi Tabung Pembangunan Komuniti Selangorku dan sekiranya tidak sila nyatakan langkah yang akan diambil untuk proses urus tadbir tabung ini?

    1. Tabung Pembangunan Komuniti Selangorku adalah inisiatif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor (MKPMS). Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor adalah sebuah badan penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan sukarela (NGO) di peringkat

     

    Tabung Pembangunan Komuniti Selangorku ini adalah cadangan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor (MPKMS), ianya adalah Tabung yang disumbangkan atau didermakan daripada orang ramai dan juga CSR daripada Syarikat-syarikat untuk membangunkan Pertubuhan-pertubuhan Sukarela professional yang melaksanakan program-program sosial (kebajikan). Tabung seperti ini telah dilaksanakan di negara-negara jiran seperti Singapore, Thailand dan Filipina.

     

    Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita menyambut baik idea dan inisiatif ini, namun ianya bukan diurus oleh Jawatankuasa Tetap kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Tabung ini akan diuruskan oleh Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor (MPKMS) dengan mengambil berat aspek Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT) dengan memastikan badan yang bertanggungjawab terhadap Tabung tersebut diwujudkan. Tabung Pembangunan Komuniti Selangorku ini adalah diharapkan dapat menyelesaikan masalah-masalah seperti berikut:

     

    1. Dapat mengekang aktiviti sindiket kutipan derma dan sumbangan yang berleluasa masa kini

     

    1. Dapat membendung Persatuan-persatuan Sukarela yang hanya mengam bil dana sumbangan tetapi menyalahgunakan dana dan sumbangan tersebut. Badan

     

    • Dapat membantu Syarikat-syarikat korporat memudahkan urusan untuk memberikan sumbangan kepada Persatuan-persatuan Sukarela melalui satu saluran

     

    1. Dapat memastikan ketelusan wang sumbangan yang diberikan benar-benar sampai kepada

     

Lampiran

Tiada Lampiran.