Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

86) TABUNG PEMBERDAYAAN WANITA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan dalam menaiktaraf mutu kehidupan wanita dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan keselamatan?

    Sebelas golongan wanita telah dikenal pasti; suri rumah, ibu tunggal, wanita muda, remaja perempuan, wanita industri, luar bandar & ladang bekerja & sektor informal, Wanita OKU, orang asli, warga emas, wanita miskin. Oleh itu, usaha menaiktaraf mutu kehidupan wanita adalah pelbagai.

    Dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan keselamatan usaha-usaha sedia ada akan terus diperhebatkan; antaranya ialah:

    1. Pertanian, tanaman di laman rumah secara organik dan mesra alam tanpa menggunakan racun ( Laman Dapur)
    2. Mikrokredit Mimbar dan Skimsel
    3. Mikrokredit Wanita Ladang
    4. PET SOHO-S, program usahawan untuk ibu tunggal
    5. Program-program meningkat kemahiran menjahit, memasak dan lainlain bentuk kemahiran yang diperlukan oleh wanita setempat di Pusat Wanita Berdaya seluruh Selangor
    6. Program meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ICT dan pengurusan kewangan.
    7. Program pentauliyahan pengasuhan kanak-kanak dan SiKembar; memberi pekerjaan kepada pengasuh di rumah-rumah kediaman
    8. Pemberian peralatan dalam program membasmi kemiskinan
    9. OSCC (Pusat Krisis Sehenti) dalam menangani kes-kes keganasan terhadap wanita
    10. Program-program avokasi dalam pengurusan kewangan, kesihatan mental dan reproduktif, undang-undang dan hak wanita
    11. Program latihan berbentuk kepimpinan

    Lanjutan dari itu, Kerajaan Negeri Selangor akan mengenal pasti 20% daripada ibu tunggal yang layak dengan perniagaan sedia mereka untuk dilibatkan dalam skim penambahan modal perniagaan.

    Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah seluruh Selangor telah melantik individu dalam pentadbiran masing-masing untuk meningkatkan keberkesanan perancangan, penyeliaan dan pemantauan program-program pemberdayaan wanita Selangor yang berhasrat meningkatkan mutu dan kualiti kehidupan wanita

     

Lampiran

Tiada Lampiran.