Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

191) TABUNG PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI (TEPAT)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi, jenis projek dan jumlah rumah yang telah dipulihkan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua (2) projek perumahan terbengkalai yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan semula menggunakan dana TEPAT iaitu:

    Bil Projek Lokasi Jumlah Unit Status Terkini
    1 Projek Pembinaan Pangsapuri Rimau Indah di bawah Geran No. 36409, LOT No. 3783, Mukim Klang, Daerah Klang Seksyen 32, Shah Alam 315 unit pangsapuri kos rendah Worldwide Holdings Berhad dalam proses memuktamadkan kos pembangunan semula sebelum diangkat ke Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan
    2 Projek Pembesaran Kg. Desa Mawar, Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Kg. Sg. Yu, Kuala Selangor 779 unit rumah kediaman

    419 unit rumah banglo

    360 unit rumah semi-D

    60 unit rumah kedai

    PKNS dalam proses memuktamadkan sebut harga daripada pihak kontraktor sebelum kerja-kerja dapat dijalankan di tapak

     

Lampiran

Tiada Lampiran.