Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

373) TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK PEKERJA LADANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima bantuan daripada Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang pada tahun 2008 hingga 2014 ?

    Tabung Pendidikan Anak – Anak Pekerja Ladang telah ditubuhkan khusus untuk memberi bantuan kewangan dalam aspek kebajikan dan pendidikan. Skim ini terbuka kepada anak – anak pekerja ladang di negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Antara program – program di bawah peruntukan ini adalah seperti berikut:

    i.         Sumbangan Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah

    Pemberian wang RM300.00 kepada setiap anak pekerja ladang bagi setiap tahun berdasarkan permohonan yang diterima dapat mengurangkan perbelanjaan seisi keluarga. Sehingga Oktober 2014, seramai 2,295 pelajar telah mendapat manfaat daripada skim ini.

    ii.         Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) di Malaysia

    Bantuan Yuran Pengajian maksima sebanyak RM5000.00 setiap pelajar bagi satu jurusan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak – anak kepada ibu bapa. Sehingga Oktober 2014, seramai 19 pelajar telah mendapat manfaat daripada skim ini.

     

    iii.         Program Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)

    Penyampaian wang adalah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi oleh pelajar terbabit. Ia dilaksanakan sebagai penghargaan kepada anak

    – anak pekerja ladang yang telah berjaya dan secara tidak langsung kepada ibu bapa yang pekerja ladang. Sehingga Oktober 2014, seramai 3,150 pelajar telah mendapat manfaat daripada skim ini.

     

    1. Program – program Pendidikan Bagi Anak – Anak Pekerja Ladang Dilaksanakan bagi  meningkatkan  semangat  dan  motivasi  anak    para pekerja ladang dalam menimba ilmu pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri serta menanam semangat untuk bangun dan terus maju kehadapan. Secara tidak langsung dapat membantu keluarga keluarga daripada belenggu kemiskinan.

    Di bawah Jawatankuasa Pekerja Ladang, kami memandang serius akan pendidikan anak-anak pekerja ladang terutamanya dalam bidang pelajaran bagi membantu mereka untuk lebih maju dan bersaing dengan pelajar di luar sana. Program sebegini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pendidikan anak pekerja ladang sepertimana yang dapat dilihat dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah bagi tahun 2013.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.