Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

48) TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK PEKERJA LADANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Soalan ini telah ditolak dalam Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 13 Oktober 2015.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang amat komited dalam membantu anak – anak pekerja ladang di seluruh Selangor dalam mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna. Keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dapat dilihat melalui penganjuran Program Bantuan Yuran Pengajian di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dimana ia merupakan satu program sumbangan kewangan kepada anak – anak pekerja ladang di Negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

     

    Sumbangan kewangan tersebut diberikan secara cek di atas nama Bendahari Universiti atau Kolej yang berkenaan. Seperti yang kita sedia maklum, yuran pengajian adalah berbeza bagi sesebuah Universiti atau Kolej berdasarkan jurusan yang dipilih. Namun begitu, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan jumlah maksima RM5000.00 bagi seorang anak pekerja ladang atau jumlah keseluruhan yuran pengajian yang mana lebih rendah.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan khusus untuk menaikkan sumbangan kewangan tersebut kerana berpendapat jumlah tersebut masih relevan dan mencukupi dimana ia dapat diberikan sama rata kepada semua permohonan yang diterima berdasarkan syarat – syarat kelayakan permohonan. Tambahan lagi, sumbangan kewangan ini diberikan secara percuma kepada pemohon bagi meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh mereka.

     

    Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang mengambil maklum cadangan daripada Y.B. Jeram untuk manaikkan yuran pengajian di masa hadapan selaras dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari dalam membantu meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pekerja ladang.

Lampiran

Tiada Lampiran.