Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

40) TABUNG PESAKIT KRONIK SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat tabungan untuk membantu pesakit kronik yang tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai program khusus seperti Tabung Untuk Membantu Pesakit Kronik yang tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan. Namun, Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor Kerajaan Negeri telah membantu ramai pesakit termasuk pesakit kronik yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan bantuan dan rawatan perubatan.

    Berikut merupakan 10 jenis penyakit kronik tertinggi yang dirawat di hospital-hospital kerajaan di Negeri Selangor mengikut kategori “International Stastical Classification of Diseases and Related Health Problems (ICD)” dan kesemua penyakit ini meliputi penyakit-penyakit yang diberi bantuan di dalam  Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor:-

    BIL. PERKARA %KES %KEMATIAN
    1.  

    Penyakit Paru-paru

    1. Influenza
    2. Asthma
    9.96 13.30
    2.  

    Penyakit jangkitan kuman

    1. Leptospirosis
    2. Dengue Fever
    9.00 26.75
    3.  

    Penyakit Kardiovascular

    1. Serangan Jantung
    2. Penyakit arteri, arteriol dan kapilari
    7.17 18.44
    4. Penyakit usus

    1. Penyakit Hati
    2. Penyakit Apendiks
    3. Gangguan pundi hempedu, saluran biliary dan pankreas
    5.00 4.40
    5.  

    Penyakit buah pinggang

    – Penyakit yang memerlukan rawatan dialisis sepanjang hidup

    4.73 2.88
    6.  

    Ketumbuhan dan barah

    1. Kanser Payudara
    2. Kanser Paru-paru
    3. Kanser Rahim dan Ovari

     

    4.18 13.74
    7.  

    Penyakit congenital

    – Kecacatan semenjak dari lahir. Kecacatan pada Jantung (Congenital Heart Disease

    3.98 2.03
    8.  

    Penyakit metabolik

    – Penyakit Kencing Manis (Daibetes)

    3.31 1.21
    9.  

    Penyakit lemah tahap kesihatan

    – Sistem Imuniti badan yang rendah seperti penyakit HIV atau sedang menerima rawatan Chemotheraphy

    2.95 0.34
    10.  

    Penyakit darah

    1. Chronic Anaemia
    2. Thalessemia
    3. Leukemia
    2.82 6.57

    Sejak tahun 2012, Program ini telah membantu sebanyak 1,176 pesakit yang terdiri daripada pesakit buah pinggang, penyakit jantung yang memerlukan pembedahan segera, kanser dan penyakit metabolik yang memerlukan rawatan dialisis dan lain-lain rawatan.

    Di antara bantuan yang di sediakan di bawah Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor ialah Dialisis, Katarak Mata, Pembedahan Kecil, Lain-lain Rawatan dan Kaki Palsu. Jumlah kelulusan adalah bergantung kepada permohonan dan had bantuan yang diluluskan yang menepati syarat-syarat bantuan dan baki peruntukan yang masih ada.

    Oleh yang demikian, ingin saya jelaskan di sini bahawa Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor adalah untuk seluruh rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.