Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

131) TADIKA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan sewa terhadap tadika ini dan wajarkan JMB juga mengenakan bayaran terhadap tadika ini?

    Ya, JMB wajar mengenakan sewa tersebut kerana tempat yang digunakan untuk operasi tadika kemas dan perpaduan adalah harta bersama yang perlu diurus dan disenggara JMB. Namun begitu, berdasarkan Seksyen 22 Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663], hasil sewa berkenaan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan JMB dan dinyatakan secara jelas dalam laporan audit akaun.

Lampiran

Tiada Lampiran.