Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

165) TADIKA DI TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pemaju selalunya akan membina kemudahan-kemudahan awam dalam membangunkan sesuatu kawasan. Salah satu daripadanya ialah tadika yang kemudiannya akan diserah kepada PBT untuk disewa. Apakah ini satu syarat mandatori ataupun ianya hanya mengikut dasar sesuatu PBT semata-mata?

    Berdasarkan Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi 3), penyediaan kemudahan pendidikan tadika ialah salah satu keperluan yang disyaratkan kepada pemaju dalam suatu pembangunan yang melibatkan bilangan unit rumah melebihi 200 unit. PBT hanya meluluskan Kebenaran Merancang dan seterusnya tapak-tapak tadika ini akan diwartakan dan diserahkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.