Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

285) TAHAP KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan negeri bagi memastikan premis perniagaan mencapai piawaian tahap kebersihan?

    Bagi memastikan premis perniagaan mencapai piawaian tahap kebersihan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) menjalankan pemeriksaan premis makanan dari masa ke semasa setiap tahun. Ini bagi memastikan premis makanan di Selangor mematuhi Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sehingga September 2013 sebanyak 9450 pemeriksaan premis dijalankan di Selangor meliputi semua Sembilan (9) daerah dan dua (2) pintu masuk (entry point). Operasi pemeriksaan premis bersih juga dijalankan sebanyak dua (2) kali

Lampiran

Tiada Lampiran.