Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

132) TAHAP KEBERSIHAN PREMIS PERNIAGAAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan yang tidak mencapai piawaian tahap kebersihan pada tahun 2014 mengikut PBT?

    Tindakan – tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan (makanan) yang tidak mencapai piawaian tahap kebersihan pada tahun 2014 adalah berdasarkan Pekeliling SPBT Bil.3/2014 – Garis panduan Sistem Penggredan Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di mana tindakan yang diambil adalah seperti berikut;

    • Pemberian notis patuh syarat lesen
    • Pengeluaran kompaun
    • Pembatalan lesen
    • Arahan penutupan premis selama 14 hari

Lampiran

Tiada Lampiran.