Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

291) TAHAP LITERASI AL QURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status tahap literasi Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam di Negeri Selangor?

    Sehingga kini JAIS belum melakukan satu kajian khusus berkaitan literasi Al-Quran dikalangan orang beragama Islam di Negeri Selangor. Bagaimanapun sejumlah 39,000 pelajar JAIS peringkat rendah pada setiap tahun telah melepasi tahap literasi yang telah ditetapkan oleh JAIS berdasarkan Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) bagi matapelajaran tilawah dan hafazan. JAIS juga melahirkan tidak kurang dari 250 individu yang menguasai tahap literasi mengikut qiraat tujuh setiap tahun melalui sistem pendidikan di 4 buah maahad tahfiz yang dikelola oleh Kerajaan Negeri Selangor. JAIS juga mengawal selia sejumlah 19,000 pelajar yang menguasai literasi dan hafazan Al-Quran di sekolah-sekolah tahfiz persendirian.

Lampiran

Tiada Lampiran.