Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

106) TAHAP USIA BELIA DEWASA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sesuai usia belia dewasa hanya terhad sehingga 30 tahun sahaja, sedangkan yang memegang jawatan dan berpengalaman, ramai yang berusia 40 tahun dan ke bawah ?

    a) Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah melancarkan Dasar Belia Negeri Selangor pada bulan April 2015 sebagai kerangka asas kepada pelan pembangunan belia. Dalam konteks Dasar Belia Negeri Selangor, umur belia adalah di antara 15 hingga 30 tahun. Takrifan ini selari dengan piawaian takrifan belia yang digunakan di peringkat antarabangsa. Justeru itu, kumpulan belia dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan konsep perkembangan psikologi manusia iaitu belia remaja (15 hingga 18 tahun), belia muda (19 hingga 24 tahun) dan belia dewasa (25 hingga 30 tahun). Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan mengguna-pakai had umur tersebut di dalam semua program yang melibatkan belia Selangor. Kerajaan Negeri akan memulakan langkah awal dengan mengguna pakai had umur belia 30 tahun ke bawah di dalam pemilihan pelantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bagi sesi 2016 hingga

Lampiran

Tiada Lampiran.