Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

41) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 (TMM 2014)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ketibaan pelancong di negeri Selangor bersempena TMM 2014?

     

    Tourism Selangor akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan yang unik terutama pada tahun 2014 iaitu sempena Tahun Melawat Malaysia dan seterusnya akan mengekalkan momentum pada tahun ini untuk Tahun Melawat Selangor

     

    Sehubungan dengan itu dalam usaha untuk mempromosikan produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor sekaligus meningkatkan ketibaan pelancong, pelbagai persediaan awal telah dilakukan iaitu daripada Tahun 2013 lagi dan perancangan yang teliti telah dilakukan. Oleh yang demikian dapat dilihat pada tahun 2013 Tourism Selangor telah banyak menyertai siri promosi pelancongan di dalam dan luar negara serta banyak membuat promosi di media cetak dan eletronik. Selain daripada itu bagi proses penambahbaikan, Tourism Selangor telah melakukan pelbagai pembaharuan di dalam laman sesawang rasminya iaitu www.tourismselangor.my .

     

    Berikut adalah perancangan dan strategi Tourism Selangor dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong ke Negeri Selangor khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2014:

     

    • Sambutan Selamat Datang Pelancong
    • Tourism Selangor bersama dengan Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan telah mengadakan sambutan Selamat Datang kepada para pelancong di beberapa pintu masuk utama

     

    negara seperti di KLIA, LCCT, Subang Skypark serta di Port Klang Cruise Centre pada 1 hingga 3 Januari 2014.

     

    1. Semasa sambutan tersebut, Tourism Selangor berperanan dalam menyediakan beberapa perkara berikut :

     

    • Penari Orang Asal Kaum Mah Meri selama 3 hari
    • Kraftangan Orang Asal
    • Persembahan kompang
    • Petugas di semua pintu masuk
    • Tourism Selangor juga pada masa tersebut telah siap mengubahsuai kaunter informasi maklumat di Balai Ketibaan KLIA dan pada tarikh tersebut iaitu pada 1 Januari 2014, ia telah beroperasi dengan wajah baru yang lebih segar dan menarik untuk menyambut para pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2014 .

     

    • Promosi

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan meneruskan semua aktiviti promosi yang telah dijalankan sama ada di dalam mahupun pun luar negara untuk memperkenalkan semua produk pelancongan di Negeri Selangor.

     

    Bagi tahun 2013, Tourism Selangor telah mengikuti siri promosi luar negara seperti berikut;

     

    1. Asean Tourism Forum, Laos
    2. Asean Travel Mart Dubai
    3. North China Tourism Fair (NCTF) 2013, Beijing
    4. Indonesia Travel Expo
    5. India (South Asia Travel & Tourism Exhibition – SATTE 2013)
    6. Malaysia Truly Asia Travel Fair, Singapore

     

    Siri promosi ini adalah berdasarkan statistik kedatangan pelancong bagi setiap negara.

     

     

    Bagi tahun 2014, Tourism Selangor di dalam perancangan akan menyertaikan program promosi luar negara seperti berikut;

    1. Asean Tourism Forum, Sarawak
    2. Sales Mission to India
    3. Arabian Travel Mart Dubai
    4. Selangor Meets Indonesia
    5. ITB Asia Singapura
    6. Sales Mission to China

     

    Tourism Selangor juga akan terus mempromosikan produk pelancongan dengan menggunakan medium yang sesuai sama ada melalui media cetak, mahupun elektronik untuk memastikan golongan sasaran dapat menerima maklumat berkaitan destinasi ini.

     

    • Laman Web

     

    Tourism Selangor melalui laman web rasmi akan sentiasa mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat.

     

     

    • Familiarization Trip ‘FAM Trip’
    • Tourism Selangor juga akan mengadakan lawatan untuk para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk-produk pelancongan secara terus kepada ‘key players’ dan agensi-agensi pelancongan. Secara tidak langsung sektor pelancongan dapat dipertingkatkan lagi.

     

    Fam Trip yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013 adalah seperti berikut;

    1. FAM Tour (Moto GP)
    2. Fam Tour Ryan International School Mumbai, India
    3. Fam Trip (Pesta Floria)
    4. FAM Tour (MATTA UFTAA)
    5. Acara-acara Pelancongan

     

    Tourism Selangor juga akan membawa dan menganjurkan acara-acara yang akan menjadikan destinasi pelancongan Negeri Selangor sebagai lokasi penganjuran mahupun persinggahan para peserta.

     

    Antara acara yang telah dianjurkan pada tahun 2013 adalah seperti berikut :-

     

    1. Malaysia Women Marathon
    2. Festival Bon Odori
    3. Raja Muda Regatta
    4. Karnival Sate Kajang
    5. Selangor Photo Carnival
    6. My Selangor Story
    7. TS Breakaway
    8. Urbanscapes
    9. TS DAY OUT
    10. TS EAT OUT

     

    Pada tahun 2014, pelbagai acara telah dirancang untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Acara-acara tersebut adalah seperti berikut;

     

    1. TS Day Out
    2. Selangorlicious Eat Out
    3. Malaysia Women Marathon 4. 2014 (MWM)
    4. Sambutan Earth Day 2014
    5. Cosplay, Comics, Anime & Games Exhibition 2014 (C2AGE)
    6. Forum Pelancongan Hijau Negeri Selangor
    7. My Selangor Story Blogging Competition 2014
    8. Sambutan Ulangtahun Mini 55
    9. Festival Bon Odori 2014
    10. Sambutan Pesta Tanglung 2014
    11. TS Breakaway 2014
    12. Let’s Travel 9th Treasure Hunt on Wheels 2014
    13. Raja Muda Regatta 2014
    14. Urbanscapes 2014
    15. Selangor Shines Eco Photo Hunt 2014
    16. Selangor Master Class 2014
    17. Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2014

     

     

    • Pakej-Pakej Pelancongan

     

    Tourism Selangor juga telah melancarkan pakej-pakej yang menarik khusus untuk Tahun Melawat Malaysia 2014. Pakej-pakej dibuat bagi menarik lebih ramai pelancong datang melawat Negeri Selangor. Pakej- pakej tersebut meliputi pakej pelancongan kesihatan, membeli-belah, pelancongan agro, pelancongan eko, taman tema dan sebagainya.

    • Rak Risalah Pelancongan

    Tourism Selangor juga akan mengagihkan rak risalah pelancongan kepada hotel-hotel dan agensi pelancongan sebagai medium mempromosikan pelancongan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.