Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

127) TAHUN MELAWAT MALAYSIA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan bagi menarik pelancong dari luar dan dalam negara untuk datang melawat tempat-tempat Êmenarik di Negeri Selangor sempena Tahun Melawat Malaysia tahun hadapan?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Negeri Selangor sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun hadapan. Antara rancangan tindakan yang akan terus dilakukan adalah seperti yang berikut.

     

    1. Penganjuran Program Promosi Dalam dan Luar Negara.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan meneruskan semua aktiviti promosi yang telah dijalankan samada di dalam mahupun di luar Negara untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Selangor. Antara promosi ke luar negara yang dijalankan adalah seperti berikut:

     

    • Asean Tourism Forum (ATF)
    • Sales Mission to India
    • Arabian Travel Mart, Dubai
    • ITB , Berlin German

     

    Antara promosi dalam negara yang dijalankan adalah seperti berikut:

     

    • MATTA Fair, PWTC
    • Program Squad Kembara Sekolah
    • Program Jelajah Negeri Pesona Selangor
    • MITA Travel Fair, MITEC

     

    1. Penjenamaan Laman web dan Media Sosial Tourism Selangor

    Tourism di dalam laman web rasmi akan sentiasa mempromosi pelancongan sukan negeri dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat. Laman web Tourism Selangor telah diberi penjenamaan semula kepada melalui pautan www.selangor.travel yang lebih mudah diakses dan menggunakan teknologi serta ‘trend’ terkini.

     

    Laman Media sosial Tourism Selangor mempunyai jumlah pengikut yang ramai melebihi 300,000 pengikut/followers. Facebook(Bahasa Inggeris, China, Jepun, Arab), Twitter, Wechat, Youtube dan Weibo Rasmi Tourism Selangor menggunakan profil nama @TourismSelangor serta @DiscoverSelangor dapat mempromosikan produk pelancongan dan acara pelancongan Negeri Selangor dengan lebih efektif dan meluas.

     

    • Penganjuran Familiarization Trip ‘FAM Trip’

    Tourism Selangor juga akan membawa lawatan-lawatan untuk para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk-produk pelancongan secara terus kepada ‘key players’ dan agensi-agensi pelancongan. Secara tidak langsung acara ini dapat juga mendekatkan diri para peserta dengan kebudayaan dan warisan yang terdapat di Negeri Selangor.

     

    1. Penganjuran Kempen Pengiklanan dan Bahan Terbitan Pelancongan

    Tourism Selangor juga mempromosikan prosuk pelancongan melalui kempen pengiklanan media cetak dan media elektronok seperti akhbar, majalah dan risalah promosi. Poster informasi beserta laporan dan artikel diperbanyakkan di media tempatan dan bertaraf antarabangsa. Antaranya seperti, Gaya Travel, Lonely Planet Asia, TTG Asia, Santai Travel, Libur, Akhbar The Star, Selangorkini dan banyak lagi. Selain itu, Tourism Selangor juga menerbitkan risalah pelancongan seperti direktori pelancongan, peta, dan info grafik untuk memberikan informasi lengkap berkenaan acara atau kemudahan sukan yang berkonsepkan pelancongan. Antaranya seperi, Selangor Brekaway, The Best of Selangor, Selangor – Travelling with Smart Selangor Bus, Selangor Travel Guide, Discover Selangor Interactive Brochure dan Banyak Lagi dalam pelbagai bahasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.