TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015
38) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelancong yang melawat Selangor hasil daripada kempen melawat Selangor yang dijalankan dan berapakah pendapatan yang diperolehi daripadanya?
Jumlah kedatangan pelancong mengikut statistik jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor sehingga bulan Julai 2015 ialah seramai 5,280,646 orang. Jadual statistik adalah seperti yang berikut:-
PELANCONG 2011 2012 2013 2014 2015 (Julai) Domestik 3,314,714 3,515,254 3,576,050 3,600,098 2,991,564 Antarabangsa 2,725,704 2,850,856 3,125,387 2,472,739 2,289,082 Jumlah 6,040,418 6,366,110 6,701,437 6,072,837 5,280,646 Resit Pelancongan.
Jumlah pendapatan yang diperolehi mengikut jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor sehingga bulan Julai 2015 adalah sebanyak RM3,703,845,104.40
