Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

121) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2021

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan promosi di tahun ini demi mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2021?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah bersedia untuk menjalankan aktiviti promosi sempena penganjuran kempen pelancongan Tahun Melawat Selangor 2021 seperti yang berikut:

    • Mempelbagaikan sasaran pasaran pelancongan kepada kategori ‘Short haul’ – Destinasi pelancongan domestik dan Asia Tenggara’, ‘Medium haul – Destinasi Pelancongan Asia, Australia & Afrika’ dan ‘Long haul – Destinasi Pelancongan Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan’.
    • Tumpuan utama kepada sektor pelancongan alam semulajadi (eco), sukan, perubatan, pendidikan, pelayaran mewah dan agro.
    • Menganjurkan kempen pengiklanan melalui platform digital dan atas talian (Online).
    • Mempergiatkan penganjuran kempen promosi dalam negara dan luar negara serta meneroka pasaran baru seperti Rusia, Indonesia dan Australia.
    • Pembangunan produk pelancongan klusterisasi yang memfokuskan kepada Pelancongan Eko, Pertanian, Sukan, Perubatan, Pendidikan dan Pelayaran Mewah.
    • Penganjuran Acara Pelancongan berskala antarabangsa pada setiap bulan dan sepanjang tahun.
    • Program usahasama bersama penggiat industri pelancongan seperti Hotel, Agensi Pelancongan, Media, Syarikat Penerbangan.
    • Mengemaskini direktori pelancongan mengikut trend dan perkembangan pelancongan terkini.
    • Mempromosikan pakej pelancongan bersepadu seperti pakej ‘Experiential Tourism’ melalui program Latihan Hos Komuniti Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.