Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

162) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2021

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan tentang tahun melawat Selangor 2021 memandangkan telahnya berlaku COVID-19 pada tahun ini dan mengakibatkan kemelesetan bidang pelancongan?

    Penganjuran Tahun Melawat Selangor 2021 yang telah dirancang telah ditangguhkan untuk memberikan ruang terhadap isu pemulihan pendemik covid-19. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah mengambil langkah proaktif menganjurkan kempen promosi pelancongan khusus bagi pasaran domestik iaitu, “Pusing Selangor Dulu” dan kempen bagi pasaran global iaitu, “Splendid Selangor, Take Me Anywhere”.

Lampiran

Tiada Lampiran.