Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

195) TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah objektif Taska di rumah boleh memberi impak jauh lebih baik dari Taska Permata?

    Di bawah Seksyen 5, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, terdapat empat (4) kategori Taska di Malaysia iaitu :

    i.              Taska Institusi

    • menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan; dan
    • ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

     

    ii.            Taska Tempat Kerja

    • menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan; dan
    • ditubuhkan di tempat

     

    iii.           Taska Komuniti@1Malaysia

    • menerima 10 orang atau lebih dalam jagaan;
    • menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; dan
    • ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar

    iv. Taska Di Rumah

    • menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dalam jagaan; dan
    • Dijalankan di kediaman

    Taska Permata adalah taska di bawah kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menyediakan kurikulum khusus mengenai Program

    PERMATA dalam bidang asuhan dan didikan awal kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun menggunakan teknik Pembelajaran PERMATA.

    Objektif    Taska    Permata    mempunyai   impak    yang    jauh   lebih baik berbanding Taska di rumah atas sebab-sebab berikut :

    1. Taska Permata mengguna pakai kurikulum PERMATA yang telah diiktiraf dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Manakala Taska di rumah lebih tertumpu kepada jagaan kepada kanak-kanak secara yang tidak formal tetapi perlu memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan oleh

     

    1. Taska Permata mempunyai tenaga pendidik yang mengikuti kursus PERMATA dan berkemahiran mengendalikan kurikulum PERMATA. Tiada syarat kepada pengasuh Taska di rumah untuk mengendalikan kurikulum PERMATA. Namun pengasuh Taska di rumah juga hendaklah hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-kanak PERMATA mengikut syarat

     

    • Taska Pemata mempunyai kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran yang lengkap sesuai dengan objektifnya untuk merangsang pertumbuhan kanak-kanak. Manakala Taska Di Rumah tidak mempunyai kemudahan fizikal dan pembelajaran yang lengkap kepada kanak-kanak.

    Nota Tambahan :

    Kurikulum PERMATA kini telah diperluaskan kepada kepada semua Taska Institusi / Komersial dan Taska di Rumah, di mana semua pengusaha / pengasuh diwajibkan untuk hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-kanak PERMATA.

Lampiran

Tiada Lampiran.