Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

104) TAMAN KEKAL PENGELUAR MAKANAN (TKPM)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program susulan kepada peserta TKPM?

    Sebagai program susulan kepada peserta TKPM, Jabatan Pertanian telah menubuhkan Pasukan Teknikal yang terdiri daripada pegawai-pegawai pakar dalam bidang teknikal pertanian untuk memantau dan memberi khidmat nasihat teknikal secara berjadual kepada peserta, sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

     

    Selain itu kesemua peserta TKPTM akan terus dibimbing untuk mendapatkan pensijilan MyGap atau My Organic, supaya hasil yang dikeluarkan dapat dipasarkan di pasar raya dengan harga premium. Mereka juga akan sentiasa diberi pendedahan tentang teknologi terkini melalui seminar dan latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian.

     

    Bagi menyokong usaha peserta untuk membangunkan inovasi yang boleh meningkatkan hasil dan pendapatan mereka, Jabatan Pertanian menyediakan peruntukan melalui insentif R&D Teknologi Tanaman.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.