Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

46) TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan S.O.P. penyelenggaraan taman permainan kanak-kanak di bawah PBT.

    Semua taman permainan kanak-kanak yang telah diserah kepada PBT akan diselenggara setiap bulan secara kontrak. Penyelenggaraan yang dilaksanakan melibatkan skop berikut:

    • Pembersihan peralatan permainan daripada sebarang kekotoran seperti lumut, pasir, tanah dan sebagainya.
    • Membaikpulih kerosakan kecil seperti menggantikan tali buai yang putus, menggantikan ‘skru’ hilang, mengecat alatan berkarat dan sebagainya.

    Peralatan yang mengalami kerosakan besar yang memerlukan kos yang tinggi akan dibaikpulih / diganti secara ‘one-off’. Tindakan penggantian atau baikpulih dibuat berdasarkan aduan penduduk, laporan kontraktor kawasan atau berdasarkan pemantauan tapak kakitangan teknikal jabatan. Taman permainan kanak-kanak yang belum diserah kepada PBT perlu diselenggara sendiri oleh pemaju sehingga pengambilalihan diluluskan. Tempoh pemaju menyelenggara adalah selama 12 bulan tarikh CCC dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.