Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

222) TAMAN PERTANIAN BUKIT CERAKAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi tarikh dan peristiwa sehingga hari ini berkaitan pembangunan dan penggunaan Taman Pertanian Bukit Cerakah?

    Program-program yang berjalan di bawah

     

    • WALA Selangor ditubuhkan untuk memberdayakan komuniti wanita ladang melalui pembangunan ekonomi dan sosial dengan menyediakan latihan kemahiran dan program pembangunan

     

    • Membentuk komuniti wanita ladang yang mempunyai pemerkasaan diri, ekonomi, politik dan sosial, yang akan meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga secara

     

    Berpandukan kepada matlamat Program di atas WALA Selangor menyusun beberapa aktiviti untuk disesuaikan dengan tahap kehidupan atau yang dikehendaki oleh Wanita Ladang.

    • LATIHAN PEMERKASAAN DAN JATIDIRI

     

    Aktiviti ini dijalankan dengan mengumpulkan wanita-wanita ladang untuk diberi taklimat dan penjelasan berkonsepkan perbincangan(dialog) berkaitan situasi semasa kehidupan , keluarga , ekonomi , sosial dan lain- lain.

     

    Hasil dari pertemuan berkenaan mereka diberi penerangan dan pendedahan berkaitan gambaran kehidupan , aktiviti sosial dan peluang- peluang yang ada bagi meningkatkan taraf kehidupan terutama dari segi ekonomi.

     

     

    • LATIHAN KEMAHIRAN ASAS

     

    Program ini merangkumi bengkel-bengkel yang disusun bagi memberikan pengalaman dan pengetahuan yang selama ini tiada pendedahan untuk mereka.

     

    Bengkel dan latihan yang dijalankan adalah secara berperingkat dari peringkat asas sehingga mereka boleh melakukan secara sendiri atau berkumpulan.

     

    Bengkel dan latihan yang dijalankan terbahagi kepada 2(dua) :

     

    1. Latihan@bengkel berjadual secara bersepadu :

     

    • Pembuatan roti dan kek
    • Kraftangan berasaskan   bahan   kitar    semula   (    bakul   dan barangan asas)
    • Latihan mengait berasaskan
    • Pembuatan muruku dan kekacang
    • Kraftangan berasaskan manik ( gelang , krongsang ,rantai dan lain-lain )

     

    Latihan ini memerlukan jangka masa yang tertentu bagi memberikan pendedahan asas sehingga kepada pengeluaran produk yang berkualiti.

     

    1. Latihan jangka pendek ( satu atau dua sesi )

     

    • Henna ( inai )
    • Bridal ( make-up )
    • Bunga Malai

     

Lampiran

Tiada Lampiran.