Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

210) TAMAN REKREASI DAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK PERLU DALAM KEADAAN SELAMAT DAN BERFUNGSI DENGAN BAIK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jadual penyelenggaraan dan baik pulih semua taman-taman di atas di DUN Selat Klang

    Kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih taman-taman permainan dilakukan secara:

     

    Sebutharga terbuka (tahunan) – bagi kerja-kerja membekal dan memasang komponen

    Jabatan (in-house) – pemantauan harian oleh Unit Kemudahan Rekreasi yang akan melakukan kerja-kerja modifikasi, membawa keluar komponen yang merbahaya dan kerja-kerja penyelenggaraan am yang

     

    Pada tahun ini, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil tindakan pembaikan kepada 10 buah taman permainan di dalam kawasan DUN Selat Klang termasuk menaiktaraf sebuah padang di Jalan Kiyai Khusairi 4, Taman Aneka Baru kepada Padang Cergas.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.