Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

92) TAMAN WARISAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kini Taman Warisan Selangor?

    Sehingga kini seluas 91,144.519 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal telah diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor (TNS). Seluas 15,505.29 hektar kawasan hutan simpan lain dan 121 hektar hutan Tanah Kerajaan iaitu  kawasan Permatang Kuartza Hulu Klang dalam penyediaan Pelan Warta oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Selangor. Pada 30 April 2009, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan kawasan Klang Gates seluas lebih kurang 950   hektar untuk diwartakan sebagai kawasan tambahan bagi TNS. Jabatan Perhutanan Negeri telah mengemukakan permohonan kelulusan terbaru ini  kepada JUPEM untuk penyediaan Pelan Warta.  Keseluruhan kawasan Taman Warisan Selangor dijangka seluas kira-kira 107,820 hektar.

Lampiran

Tiada Lampiran.