Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

73) TANAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah proaktif kerajaan bagi menyelesaikan masalah pencerobohan tanah kerajaan dan rizab hutan simpan?

    Antara langkah proaktif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu pencerobohan ialah dengan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) dan semua Pejabat Tanah Daerah untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN). Langkah ini adalah bagi menghalang individu atau mana-mana kumpulan penceroboh dari menceroboh tanahtanah milik Kerajaan Negeri.

    Selain itu, satu pasukan penguatkuasaan khas juga telah ditubuhkan bersama agensi-agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertujuan untuk mengatur operasi penguatkuasaan ke atas pencerobohan secara individu atau berkumpulan. Pasukan penguatkuasaan khas tersebut juga bertanggungjawab dalam mengenakan kompaun kepada pesalah-pesalah yang telah diberkas dan mendakwa kesalahan pencerobohan tanah-tanah kerajaan di Mahkamah. Carta Aliran Tindakan Penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 dan 426 KTN 1965 adalah seperti di Lampiran.

    Maklumat Tambahan:

    Jumlah keluasan hutan mengikut jenis hutan berdasarkan daerah pentadbiran

    Bil

    .

    Daerah Sivil Daerah Hutan Jenis Hutan Keluasan (Ha)
    Darat Paya Gambut Paya Laut
    1. Sabak Bernam Pantai Klang 33,571.42 846.50 34,417.92
    2. Kuala

    Selangor

    Pantai Klang 16,535.18 1,406.24 37,435.16
    Hulu Selangor 19,493.74
    3. Klang Pantai Klang 15,794.33 15,794.33
    4. Kuala Langat Pantai Klang 140.70 7,038.73 504.86 7,684.29
    5. Sepang Pantai Klang 2,258.62 446.07 2,704.69
    6. Hulu Selangor Hulu Selangor 82,917.86 3,992.69 86,910.55
    7. Petaling Selangor Tengah 2,585.85 3,795.41
    Hulu Selangor 1,209.56
    8. Gombak Selangor Tengah 20,084.76 27,835.75
    Hulu Selangor 7,750.99
    9. Hulu Langat Selangor Tengah 33,550.73 33,550.73
      Jumlah   148,240.45 82,890.38 18,998.00 250,128.83

     

Lampiran

Tiada Lampiran.