Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

73) TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan cukai tanah terutamanya di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ÔKerajaan BerkebajikanÕ?

    Secara umumnya, Kerajaan Negeri tiada sebarang cadangan untuk penurunan cukai
    tanah. Namun begitu, jika terdapat permohonan mengenai penurunan cukai tanah, pihak
    Kerajaan akan meneliti dan mengkaji secara terperinci sebelum sebarang keputusan
    dibuat. Berdasarkan kepada Kanun Tanah Negara, 1965, pengiraan semula cukai
    dilaksanakan setiap 10 tahun. Pengiraan semula cukai tanah terkini telah dijalankan
    pada tahun 2003, dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun 2006. Pengiraan semula
    cukai tanah yang seterusnya adalah pada tahun 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.