Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

219) TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah ADUN diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam isu tanah yang melibatkan kawasan ADUN?

    Tiada pengkhususan tertentu berkaitan penglibatan Ahli Dewan  Negeri  (ADN) dalam isu tanah di daerah. Walau bagaimanapun, pandangan ADN seperti yang melibatkan bantahan penduduk mengenai sesuatu pembangunan di kawasan tersebut diambil kira oleh Jabatan / Agensi berkaitan. Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) di bawah Dewan Negeri, Negeri Selangor yang dianggotai oleh ADN bertindak sebagai jawatankuasa semak dan imbang kepada pelaksanaan polisi dan dasar berkaitan tanah Kerajaan di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.