Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

117) TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebilangan besar rumah kediaman di Bandar Baru Bangi berstatus pajakan 99 tahun. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menukar status pegangan tanah ini daripada pajakan 99 tahun kepada milikan kekal?

    Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat berpandangan bahawa penukaran status tanah daripada pegangan pajakan 99 tahun kepada pegangan selama-lamanya adalah hak eksklusif Pihak Berkuasa Negeri dengan mengambil kira Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan yang menekankan keperluan penyeragaman undang-undang atau prosedur di antara negeri-negeri dan Seksyen 76 (aa) Kanun Tanah Negara berkenaan keadaan-keadaan khas yang memerlukan Pihak Berkuasa Negeri berbuat demikian.

Lampiran

Tiada Lampiran.