Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

294) TANAH ADAT ORANG ASLI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah pemilikan tanah perkampungan orang asli di Kampung Songkok Batang Kali?

    Kerajaan Negeri adalah sentiasa komited dalam memproses permohonan daripada Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) bagi pewartaan perkampungan Orang Asli di bawah Akta Orang Asli. Bagi tanah perkampungan Orang Asli di Kampung Songkok Batang Kali, Kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor bersama-sama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan JAKOA sedang dalam tindakan perbincangan bersepadu bagi memastikan kepentingan semua pihak adalah terpelihara. Selaras hasil mesyuarat bersama-sama pihak berkepentingan pada 28 November 2019 yang dihadiri oleh pihak PKPS dan JAKOA, satu mesyuarat susulan akan diadakan pada April 2020 bagi membincangkan pelan tindakan PKPS bagi penyelesaian isu di Kampung Songkok Batang Kali ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.