Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

30) TANAH BANGLO DI USJ 3B DAN 3D

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila berikan latar belakang dan kronologi pemberian tanah-tanah banglo di kawasan perumahan USJ 3B dan USJ 3D ( seperti butir-butir kegunaan asal, tarikh permohonan, kelulusan, bayaran dan sebagainya).

    Mesyuarat EXCO MTES Bi 6/2001 yang telah diadakan pada 20 Februari 2001 telah
    menimbang dan bersetuju meluluskan pemberimilikan tanah di Mukim Sempadan
    Ladang Ibor, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling kepada 100
    pemohon seluas kira-kira 5132 kaki persegi hingga 6546 kaki persegi tiap-tiap plot
    untuk tujuan tapak rumah kediaman. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang
    diadakan pada 21 Februari 2001 MMK ke 5/2001 telah menimbang dan bersetuju
    keputusan EXCO MTES meluluskan pemberimilikan tanah di Mukim Sempadan
    Ladang Ibor, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling. Permohonan telah
    dikemukakan pada tahun 2000 dan premium yang dikenakan RM2.00 sekaki persegi
    (kadar berpandukan kebanyakan pemohon adalah pemegang Lesen Menduduki
    Sementara dan jenis tanah adalah tanah desa).

Lampiran

Tiada Lampiran.