Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

53) TANAH CANAL CITY

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan terma-terma terkini antara kerajaan negeri dengan Sapphire Index Sdn Bhd (SISS) berkenaan dengan isu tanah Canal City

    Keluasan tanah yang terlibat adalah seluas 1172 ekar dan perjanjian pertama telah ditandatangani pada 15/4/2013 dan tanah tersebut dijual pada kadar RM18.50 kaki persegi. 11 bulan kemudian pada 19/3/2014, pihak Tropicana telah menjual seluas 308.72 ekar tanah pada pihak Ecoworld pada kadar RM35.00 kaki persegi dan Tropicana telah mencatat keuntungan berjumlah RM170 juta(berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Tropicana melalui BSKL) hasil daripada transaksi tersebut. Berdasarkan situasi di atas, pengurusan baru MBI telah meneliti semula perjanjian itu dan telah mencapai persetujuan untuk memeterai perjanjian baru seperti di bawah:

     

    Terma Penting Terma Lama Terma Baru
    ·      Hasil Jualan Tanah RM 587 juta RM 587 juta
    ·      % perkongsian GDV 5% 9%
    ·      % perkongsian

    keuntungan

    3% 3%
    ·      Kadar Faedah RM 252 juta (boleh dikecualikan tertakluk kepada

    jangkamasa bayaran)

    Jangkamasa 20 tahun 12 tahun
    ·      Penjualan tanah oleh

    Sapphire Index

    Dibenarkan Tidak dibenarkan

    Berdasarkan anggaran pulangan GDV sebanyak RM20 billion (seperti yang dilaporkan oleh Tropicana Berhad di dalam pengumuman BSKL), hasil tambahan yang bakal diperolehi adalah berjumlah RM500 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.