Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

55) TANAH HESI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah-tanah HESI yang telah diberikan kepada institusi agama selain Islam mengikut agama dan daerah masing-masing.

    Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan sebanyak 248 tanah kepada Rumah Ibadat Selain Islam. Statistik kelulusan mengikut agama adalah seperti Jadual di bawah: (Disertakan senarai tanah-tanah HESI).

    JENIS RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM TAHUN JUMLAH KESELURUHAN 2008-2016
    2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016
    TOKONG 13 7 8 15 11 15 13 9 20 111
    KUIL 19 13 10 7 8 11 6 12 16 102
    GEREJA 11 2 1 2 0 5 2 1 3 27
    GURDWARA 0 2 3 1 0 1 0 0 1 8
    JUMLAH 43 24 22 25 19 32 21 22 40 248

     

Lampiran

Tiada Lampiran.