Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

86) TANAH KEGUNAAN AWAM DIRAMPAS DI BANDAR UTAMA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru terhadap beberapa keping tanah untuk kegunaan awam yang telah dirampas oleh golongan yang tidak bertanggungjawab?

    Tanah-tanah yang terlibat telah diluluskan secara pemberimilikan tanah di bawah
    Seksyen 76 Kanun Tanah Negara oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kelulusan tanah adalah
    mengikut tatacara dan prosedur di bawah Kanun Tanah Negara. Tiada perampasan
    tanah yang berlaku.

Lampiran

Tiada Lampiran.