Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

215) TANAH KERAJAAN DI KG SERIGALA HULU BERNAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini permohonan 16 lot tanah kerajaan sebagai kediaman oleh penduduk-penduduk Kg Serigala, Hulu Bernam yang tinggal di tanah tersebut selama 40 tahun.

    )   Jumlah sebenar permohonan tanah di Kg Serigala Mukim Hulu Bernam Darah   Hulu Selangor adalah sebanyak 22 permohonan yang telah dikemukakan pada tahun 2011. Lapan belas (18) permohonan adalah bagi tujuan bangunan rumah kediaman dan empat (4) untuk tujuan pertanian. Daripada jumlah tersebut seramai 19 pemohon telah mendirikan bangunan rumah kediaman dan 3 masih kosong.

    Beberapa masalah timbul, menyebabkan permohonan ini memerlukan siasatan yang lebih mendalam. Antaranya pelan yang dikemukakan tidak teratur, permohonan bertindih di atas tapak yang sama dan bangunan kediaman didirikan di atas sebahagian rizab jalan. Pentadbir Tanah Hulu Selangor telah mengambil inisiatif mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Pengerusi JKKK bersama pemohon dan jabatan-jabatan teknikal yang berkenaan untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit sejak 40 tahun yang lalu.

    Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor telah dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dan telah menyediakan Kertas Ringkasan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.