Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

218) TANAH KERAJAAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah kerajaan di Daerah Kuala Langat atau di Sepang untuk membina sebuah krematorium moden demi kemudahan dan keselesaan Rakyat, i) Sila menyatakan kos pembinaan; ii) Keluasan tapak dan i) Kos pembinaan.

    MPSp

     

    Tiada sebarang krematorium di daerah Sepang.

     

    MDKL

     

    MDKL telah mengenal pasti satu tapak untuk pembinaan crematorium di Jalan Sungai Buaya, Ladang Jugra Lot 513 dan Lot 514, Mukim Jugra seluas 6 ekar. Permohonan peruntukan kewangan sebanyak RM4 juta telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah diminta mengkaji semula kos tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.