Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

39) TANAH KHAS UNTUK ORGANISASI-ORGANISASI (KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN) ORANG KURANG UPAYA (OKU), FIZIKAL DAN MENTAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah Kerajaan Negeri membuat peruntukan-peruntukan untuk sama ada, menyediakan tanah kerajaan atau peruntukan oleh pemaju-pemaju untuk dibekalkan bagi tujuan ini?

    Kerajaan Negeri boleh membuat dasar bagi memperuntukkan penyediaan tanah Kerajaan atau peruntukan tanah oleh pemaju-pemaju bagi tujuan kegunaan organisasiorganisasi (Kerajaan dan Bukan Kerajaan) Orang Kurang Upaya (OKU), Fizikal dan Mental. Walau bagaimanapun, tiada dasar sedemikian yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri buat masa ini.

    Sehubungan dengan pertanyaan Y.B. Bukit Gasing, Kerajaan Negeri telah memberikan keistimewaan dalam bentuk kadar premium tanah yang dikenakan kepada kategori kelab, persatuan dan bangunan badan kebajikan seperti berikut:-

    • Kelab/persatuan yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966;
    • Badan kebajikan / rumah orang-orang tua/rumah anak-anak yatim; 3) Hospital swasta; dan 4) Dewan komuniti.

    Mengikut Kaedah-kaedah Tanah Negeri Selangor, kadar premium tanah yang dikenakan adalah 1/8 x 1/100 x nilai tanah x tempoh pajakan (tahun).

Lampiran

Tiada Lampiran.