Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

76) TANAH LESEN MENDUDUKI SEMENTARA (T.O.L)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah polisi kerajaan terhadap tanah Lesen Menduduki Sementara (T.O.L) ini?

    Berdasarkan keputusan terbaharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 12/2015 pada 25 Mac 2015, Kerajaan Negeri hanya meluluskan pengeluaran TOL atas tanah rizab kerajaan bagi aktiviti-aktiviti seperti berikut:

    1. Tapak semaian / tapak jualan pokok hiasan
    2. Tanaman kontan
    3. Pondok pengawal
    4. Papan iklan (billboard)
    5. Tempat meletak kereta

    Walau bagaimanapun, pertimbangan kelulusan adalah berdasarkan kepada ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal yang mengurus tadbir tanah-tanah rizab tersebut dan setelah mendapat kebenaran daripada Pegawai Pengawal tanah rizab yang berkenaan selaras dengan peruntukan Seksyen 66 Kanun Tanah Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.