Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

203) TANAH LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan keluasan tanah TOL di Selangor dari 2010 hingga 2015 mengikut daerah.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Jumlah keseluruhan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Temporary Occupation License (TOL) adalah sebanyak 1,397 dengan keluasan 184,535.72 ekar. Berikut adalah jumlah kelulusan dan keluasan LPS di Negeri Selangor mengikut daerah:

    BIL. DAERAH JUMLAH KELULUSAN LPS KELUASAN (EKAR)
    1. Gombak 20 5.68
    2. Hulu Langat 36 2.15
    3. Klang 1,085 184,143.00
    4. Hulu Selangor 8 15.00
    5. Kuala Langat 144 299.98
    6. Kuala Selangor 44 13.30
    7. Petaling 40 48.51
    8. Sabak Bernam 6 6.16
    9. Sepang 14 1.94
    JUMLAH KESELURUHAN  

    1,397

     

    184,535.72

    ( Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) sehingga Disember 2015)Daripada keseluruhan kawasan LPS yang diluluskan dengan keluasan tersebut, semua Pejabat Tanah Daerah telah mengutip sebanyak RM2,209,513.18.

Lampiran

Tiada Lampiran.