Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

247) TANAH MILIKAN YAYASAN SELANGOR DI ULU BERNAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status terkini tanah milikan Yayasan Selangor seluas 217 ekar yang pernah digunakan sebagai Bernam River Airfield di Ulu Bernam.

    Sebahagian tanah (100 ekar) tersebut telah disewakan kepada pemaju untuk tujuan projek kolam ternakan ikan. Hasil pendapatan sewaan ini akan disalurkan bagi tujuan pembiayaan pendidikan. Manakala baki daripada tanah tersebut telah mendapat kelulusan dari Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor (LPAYS) untuk projek Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pada Januari 2018. Walau bagaimanapun, kelulusan tersebut telah dibatalkan oleh LPAYS pada awal 2019 kerana pihak pemaju gagal menepati syarat-syarat tawaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.