Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

87) TANAH PAJAKAN DAN PEGANGAN BEBAS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kawasan-kawasan berikut status tanah sama ada Pegangan Bebas atau Pajakan :- PJS 1 hingga 4, Seksyen 1 hingga 4, Seksyen 14, Seksyen 51A di Petaling Jaya.

    Dimaklumkan status tanah adalah seperti yang berikut:

    Bil Kawasan Jenis Pegangan
    1 PJS 1 – PJS 4 Pajakan 99 tahun
    2 Seksyen 1 – 4, Petaling Jaya Pajakan 99 tahun
    3 Seksyen 14, Petaling Jaya Pajakan 99 tahun
    4 Seksyen 51 A Pajakan 99 tahun

    Keseluruhan kawasan di atas merupakan kawasan yang telah diberimilik oleh Kerajaan Negeri dengan tempoh pajakan tidak lebih dari 99 tahun. Kawasan yang berpegangan bebas di Petaling Jaya hanyalah sebahagian dari Seksyen  5 (kawasan Petaling Garden) sahaja kerana kawasan ini dahulunya merupakan kawasan Petaling Estate.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.