Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

149) TANAH PEGANGAN BEBAS (FREEHOLD) DI SEKSYEN 1 HINGGA 16 DI PETALING JAYA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil siasatan terhadap tuduhan penduduk bahawa tanah-tanah di Seksyen 1 hingga 16 di Petaling Jaya sepatutnya diberi status pegangan bebas dan bukan pegangan pajakan?

    Berdasarkan semakan yang dilakukan, tanah-tanah di Seksyen 1 hingga 16 yang mempunyai status pegangan bebas hanya terdapat di Seksyen 5 (seluas 148.2ekar) dan Seksyen 6 (seluas 12.71ekar). Tanah-tanah yang berstatus pegangan bebas ini merupakan tanah ladang yang dimajukan oleh pemaju. Manakala tanah-tanah yang selebihnya di kawasan Seksyen 1 hingga 16 Bandar Petaling Jaya merupakan tanah berstatus pegangan pajakan yang diberi milik kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk dimajukan dan seterusnya dijual kepada pembeli dengan status pegangan tanah yang sama iaitu pajakan 99 tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.