Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

129) TANAH PEGANGAN PAJAK DAN PEGANGAN BEBAS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab dan kebaikan untuk Kerajaan Negeri Selangor terus memberi- milik tanah pegangan pajak dan melanjutkan tempoh pajakan tanah-tanah pegangan pajak tetapi telah enggan menjadikan tanah-tanah tersebut tanahtanah pegangan bebas?

    Di bawah Seksyen 76(e) KTN 1965, Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan pemberimilikan tanah kepada pemohon bagi satu tanah pegangan pajakan yang tidak melebihi 99 tahun. Bagi tanah yang mempunyai pegangan pajakan, Kerajaan Negeri akan terus menerima bayaran premium dan cukai tahun pertama daripada pemilik tanah apabila mereka memohon untuk melanjutkan tempoh pajakan berbanding dengan tanah pegangan bebas. Kutipan premium dan cukai tahun pertama merupakan sebagai satu sumber menjana pendapatan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.