Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

93) TANAH PEGANGAN PAJAK

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lama sebelum tempoh sebidang tanah pegangan pajak luput/tamat yang pemiliknya dibenarkan untuk membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh secara menyerahkan hakmilik kepada Kerajaan Negeri dan memohon pemberian milik semula tanah tersebut?

    Permohonan bagi melanjutkan tempoh pajakan hendaklah dibuat sebelum tempoh pajakan sesuatu tanah tersebut luput atau tamat dan buat masa ini, tiada sebarang had tempoh yang telah ditetapkan.  Walau bagaimanapun, bagi permohonan pelanjutan tempoh pajakan yang telah luput atau tamat, pemilik hartanah dikehendaki memohon hartanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara untuk diberimilik kepada pemilik asal atau waris sekiranya pemilik hartanah tersebut telah meninggal dunia.  Waris yang berkenaan mestilah mengemukakan Surat Akuan Sumpah sebagai waris dan dokumen-dokumen sokongan lain serta persetujuan dari lain-lain waris-waris (jika waris ramai dan permohonan satu nama).

Lampiran

Tiada Lampiran.