Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

57) TANAH PERKUBURAN INTEGRASI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status tanah perkuburan integrasi seluas 400 ekar yang terdapat di Semenyih.

    Tanah tersebut merupakan tanah yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk kegunaan awam bagi maksud tapak kubur. Pengambilan tanah tersebut melibatkan tanah milik perseorangan. Urusan pengambilan tanah telah selesai dan tanah tersebut kini berstatus tanah Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.